Tuesday, March 27, 2012

nyum nyum burger

assalamualaikum

kat makmal biology kiteorang belajar macam biasa . macam biasa , sangat la boring . cikgu main cakap je ape bende yang dia suka , then aku angguk angguk je la . bila dia kata faham tak semua ? then semua kata FAHAMMM ~ padahal macam aku tak tau , korang bukan nya faham pon . haha .

tetiba terdengar la budak ni bergossip . oo plan nak lepak mcd ehh . nak join nk join ! haha . lepas habis sekolah , lepak library jap . buat lisan bahasa melayu . habis je then cau mcd damai . aku suroh jam bawak baju untuk aku . hihi . thanks kawan :D 

sampai mcd , terus order burger . patuh ape lagi , buat mcd tuh macam tempat kiteorang laa . memekak je kerja kiteorang . selamat tak ramai orang . hehe . dorang suka betul bahan bahan ohh . aku pon tunjuk kan la skill bahan aku kat dorang :P .

kenyang shiaal makan 1 burger . maklum la , perut aku comel je :D . haha . best lepak dengan dorang . semua true colour aku keluar . aku suka buat muka . tuh dorang yang cakap . bila aku buat muke yang tah hape hape , dorang gelak . okay gelak laa . asal kan aku happy tengok korang happy . hee (:



when i with him , i show all my true colour :D


look at a guy who wears black green sweater . mata sangap stim ! :D


jemput makan :)


friends funny fever :E


classmate .


baru sikit aku tunjuk :P


saya hantu ayam ! <3



Done read ? Thanks . Come again ! :D

Monday, March 26, 2012

gambar

assalamualaikum






Done read ? Thanks . Come again ! :D

Saturday, March 24, 2012

tuah . . AWESOME !

assalamualaikum

hari ni road run gempak gila . masing masing buat persediaan yang super the best untuk menang . dengan peserta road run nya tak terkecuali dengan pasukan sorak ye . aku tak masuk lari tahun ni . well jawatan antara yang tertinggi , mane main lari lari ni . hehe . so aku pon masuk la pasukan sorak . wee . just nak bagi semangat untuk rumah sukan hang tuah . hee .

kiteorang budak sorak agak frust juga la sebab hari sabtu dah nak road run , hari jumaat tuh baru tau yang kite kene ade pasukan sorak . ohh man ! budak tak cari lagi , barang tak beli lagi , lagu tkde lagi . aduhh ~ hari jumaat tuh juga la kiteorang cari orang , hari tuh jugak la   kiteorang cari barang , hari tuh jugak la buat sepandok bagai , hari tuh jugak la create lagu and hari tuh jugak la practice . semua nya buat dalam satu hari iaitu hari jumaat . fuhh letih gile . 

aku balik je rumah terus baring . aleh aleh terlelap plak . nampak sangat penat . then bangun je tidur check handphone dapat 3 message . salah satu nya dia . aku buka message then suddenly aku tergamam . elok elok mamai terus terasa segar . betul ke ni ? hmm . aku redha je la . mungkin ape yang kiteorang harap kan tak kesampaian . then i just wrote okay with smile . 

esok pagi datang sekolah dengan semangat yang berkobar kobar sebab nak buat yang the best untuk pasukan sorak . sampai je terus siap siap . tetiba budak petang datang , diaorang cakap cikgu suroh kiteorang budak pagi ni siap siap kan dorang sebab dorang pon masuk sorak . eh apsal macam tuh plak . sangat last minute laa . lagi pon barang barang yang kiteorang beli mana cukop sebab beli pon cukop cukop untuk 20 orang . haishh .

then kiteorang just makeup kan aje la dorang . da siap semua , kiteorang sorak la untuk budak budak yang nak lari . hee ~ best kot . sampai pening kepala aku asyik dok jerit je . then bila semua budak lari di lepas kan lari , kiteorang nak practice lagi sebab ade budak baru masuk kan . baru je duduk nak practice tetiba ada budak lelaki baju kuning lari masuk sekolah . aikk cepat nyaaa ~~~ wahh caya la tuah ! :D

kiteorang macam orang meroyan pon ade sebab bagi semangat kat budak hang tuah . okay sumpah best . moment gila ahh ~ hehe . then bila semua nya budak habis lari , lepak makan burger jap . patuh masuk dewan . hmm jangan cakap la wey . bingit gila ohh ! da macam kat stadium bola ha . dengan rumah sukan hang tuah , hang kasturi , hang lekir , hang lekiu , hang jebat , and hang nadim lagi . semua nya dok lawan sorak . aku kira macam ketua la untuk rumah hang tuah perempuan sebab lelaki perempuan asing . hazirah kire macam ketua   untuk hang jebat , azura da macam orang gila dok pegang bendera ke hulu ke hilir , kire ketua jugak la untuk rumah hang nadim , and ekin ketua untuk rumah hang lekir . fara ketua untuk rumah hang kasturi and rumah hang lekiu plak diketuai oleh budak mane tah . hehe . 

asal menang je aku akan jerit tuah . .  and dorang akan menjerit AWESOME . jyeah ! semangat gila budak budak aku tengok . rumah hang tuah banyak menang woo . suke suke ! so keseluruhan pagi petang , lelaki perempuan rumah hang tuah menang ! yeyyyyy ~~ :D tuah . . AWESOME ! tuah . .  AWESOME ! tuah . . AWESOME ! ! hehe . jyeah jyeah . then snap snap picture tuh mesti la ada kan tapi aku tak taruk kat sini sebab tak dapat lagi . hehe .

then ya cakap , ya tengok akak ni tak macam orang putus cinta pon ? happy je . aku gelak je la . tak kan la nak nangis kan , kite kene la happy sebab rumah pasukan aku menang . hehe . then ya cakap , alah nanti malam malam rasa sedih la tuh . hmm aku diam je la . 

then balik . yeyyy ! penat kot tapi berbaloi baloi ! alhamdulillah tahun ni roadrun rumah pasukan aku menang lagi , so da 2x la menang . hehe . hope bila kiteorang dah tak sekolah , rumah hang tuah akan menang lagi . amin (: . 



Done read ? Thanks . Come again ! :D

Tuesday, March 20, 2012

handball

Assalamualaikum 

okay pagi tadi lawan handball kat smk rawang . tahun lepas da pernah pergi , nampak nya sekolah still tak berubah . buruk macam dulu jugak :D . padang dia besar and lawa . 

sampai kat sana aku da start teruja , sakit perut bagai . semua team daripada sekolah lain dok training yo yo oo . ade sekolah agama , tudung labuh gila , ada sekolah biasa , tudung biasa and ada sekolah yang semua free hair . 

setengah budak dalam team aku tak habis dok fikir budak yang free hair semua nya terer terer . aha terer la sangat kan . wekk :P . 

okay first lawan dengan sekolah hill crest . nama gempak kan . budak budak semua nya free hair . cikgu cakap team ni desprate gila nak menang sebab dia dah kalah bila lawan dengan juara tahun lepas , sri gombak . so aku da cuak , mesti diaorang main gila gila kan . berdoa je la . huhu .

tapi sebalik nya plak ape yang aku fikir . dorang tak de la terer mane yang di gempar gempur kan . smkbbsb menang dengan 3-0 . jyeah ! dorang ni comel comel je aku tengok . permain simpanan punya la tinggi . huhu .

lepas tuh lawan dengan juara tahun lepas , sri gombak . hmm da kata juara , memang kalah la kan . haha . sekolah hill crest lawan dengan sri gombak , dorang kalah teruk ohh . sri gombak goal kan 10 ke atas tuu . tapi kiteorang kire kalah bermaruah jugak laa . kalah 0-3 . hehe . 

then dapat pergi ke peringkat seterus nya . lawan sekolah sg pusu . kiteorang memang nak menang sangat sangat . tapi tak dapat . kalah jugak . 0-2 . nak buat macam mana . hee . pape hal , aku memang enjoy gila main tadi walaupun penat gila . huhu . berbekal kan chewing gum , everything just fine :D . 



form 3 (: . nampak tak kat lengan tuh ape ? yup ! imma kapten :P



lawan antara kelas . asyik menang je sampai la aku tak de , dorang kalah . hehe 



before lawan .



my lucky number (: 



lepas lawan . serious da HITAM . suka boot ni <3



budak wall . azura main sangat la mengelabah :D . cube rilex ye :P


okay itu sahaja , byebye .

Done read ? Thanks . Come again ! :D

Sunday, March 18, 2012

yup !

Assalamualaikum




so please stop complaining people --

Done read ? Thanks . Come again ! :D

Tuesday, March 13, 2012

seminar focus A

Assalamualaikum .

ye ye dapat pergi seminar :D . okay seminar ni quite fun because all the teachers dah macam badut sebab asyik buat lawak kering je . so input yang cikgu bagi dah macam masuk telinga kanan and keluar telinga kiri sebab asyik gelak je . but alhamdulillah aku ingat the simply way to solve mathematics . hee ~

students smk bandar baru sungai buloh yang banyak attend seminar ni . hee , bangga la jugak . then budak budak kat sana more show off their outfit then the objective they came to the seminar . i was like am i at mid valley or at seminar actually ? :O . hahaha . whatever :P . 

then macha kat seminar tuh tau yang kiteorang kembar . woww dia tau tuuu . haha . alah macha je pon . and and kat sana macam ada satu couple ni . sweet sangat . dua dua tinggi . dua dua kurus . tapi muka dia macam sama . tak tau la kembar jugak or memang couple . hee ~

okay aku mengaku yang aku lebih childish then kid :D . aduhh bila la aku nak dewasa ni ? umur aku berapa erh ? SEVENTEEN YEARS OLD ! then why im still terkinja kinja ? terlompat lompat ? tergelak gelak ? tak boleh duduk diam semua ? hmm nak salah kan sape erh ? salah kan mak lah ! hahaha , no la :D . salah kan diri sendiri la sebab tak geti geti nak berubah . hee ~

then bila habis seminar tuh lepak the store jap melantak , sampai malam . patuh baru balik . hee . penat penat ~ 




gerak ke UM .



FOCUS ! :p


take five .


waiting for the bus .


nampak tak kaki tu ? tuh tengah mendarat bila lompat . haha . childish ! :D


reat it ! (:


okay jum balik . 


tired ! :D


ROCKERS BABY ! :D



Done read ? Thanks . Come again ! :D

Thursday, March 8, 2012

pandai berahsia

assalamualaikum , hai hai (:

erm erm macam mana nak start eh ? nak cakap pasal kaki dulu ah :P . kaki aku sakit balik ohh . tak dapat nak main bola baling . aduhh geram nyaa tak dapat main . sir saya nak main >.< 

okay enough with my kaki , hehe . aku tabik spring dohh kat orang yang pandai gila simpan rahsia sebab rahsia dia memang terjaga tuu . so aku dah bole detect la ciri ciri orang yang pandai simpan rahsia ni . dia seorang yang agak pendiam , kurang bercakap , jarang bercakap banyak and tak berapa banyak bercakap . duhh macam pelik plak ayat aku . hahaha . perasan tak semua ciri tuh sama je ? :D 

so bila dah ade ciri macam tuh rahsia mereka confirm tersimpan baekk punyaa , cunn je dia jaga . kalau orang lain tau pon secara tak sengaja . tuh pon dah berabad baru tau . hee . contoh nya macam aku lah :P 

dah berabad baru la aku tau yang makhluk tuhan yang paling sexy and hot ni dah lama couple . laa nokkk , awat tak habaq hang da lama couple ? tak da la cheq susah susah kenen kenen kan hang dengan member cheq nok oi . apo laa . 

so masa kau dok syiok dengan minah sexy , vouge lagi the bomb ni , kau tengah couple la ye nokk ? awat la hang lagu tuh ? hang tak kasihan ka dekat marka hang ? hang tak amek pusing ka kat perasaan marka hang ? hang ni laaa . ish !

berapa lama eh hang couple ? laa da 2 tahun lebih ke nokk ? patuit laa banyak cekadak bila cheq kenen kenen kan hang dengan membe cheq . mesti time tuh hang dok gelak gelak kan cheq kan sebab cheq ingat hang single . padahal da bertahun ha couple . takpe la nokk . cheq dah tau pon kire okay . hee ~ nokk , hang rasa cheq nak story bende ni kat sape ? alah jangan risau la nok eh , cheq cer kat ape nama tuh ? nama chocolate ape tah cheq pon tak tau . cheq bukan nya suka makan chocolate pon . hee . 

lagi satu , cheq tak suka orang yang bersekelonggoq ni . faham dok ? tak faham naa ? tak pa la tak faham , hee :P . agak agak la hang da tau tuh , hang habaq la kat cheq , sekurang kurang nya tak da la cheq salah anggap . hee . 

cheq nak habaq mai banyak benda lagi ni , tapi kan nokk , cheq da tak larat laa . cheq stop takat ni ja ya nokk ? bye bye , assalamualaikum .

Done read ? Thanks . Come again ! :D

thanks , but no thanks (:

assalamualaikum

hmm nak ganti handphone saya ye ? pada mula nya macam nak , tapi bila bincang dengan azura , takpe lah . tak nak . handphone tuh boleh ganti bila bila je . kang dia ingat aku ni macam takde pendirian . tak dapat handphone , quit silat . dapat handphone , on silat . hmm tak nak lah jadi macam tuh (:

aku tak nak nanti bila once aku tak datang or macam tak bagi komitmen , mereka ungkit . aku tak nak nanti life aku kene ikat sebab terhutang budi sebab ganti kan handphone aku . so aku betul betul nak undur diri daripada silat pertandingan . kalau training setiap hari sabtu tuh insyaallah aku boleh . 

sebab aku da bayar , tak nak la membazir kan . huhu . so aku bagi cadangan , ape kate train budak silat yang da lama tuh . yang bengkung colour hijau tuh . aku rasa kalau ajar budak yang dah bengkung hijau takde la masalah besar sangat sebab dorang dah ade basic . macam aku basic pon takde memang la macam lambat sikit nak belajar tapi kalau yang dah ada basic ni belajar and maintain kan latihan tuh , aku sure tak lebih sebulan pon nak catch up rangkai tempur .

sedih juga ah sebab keluar dari silat pertandingan kan tapi nak buat macam mana , aku dah takde nafsu kat silat . sedih la bila fikir pasal life aku bila dah masuk silat ni . meh sini nak cer pasal life aku sikit . secara ringkas nya , mak ayah memang dari mula tak kasi masuk silat but aku still degil nak masuk silat . dah bersusah payah kerja sebab nak bayar duit silat , mak ayah memang tak kasi duit kalau pasal silat dah dorang tak suka . masuk silat kene bagi komitmen gila gila sebab masuk pertandingan so kat situ dah banyak tuang study . 

badan plak memang jenis yang lembik . tak boleh penat sikit mula la mengada ngantok then tidur awal sampai banyak bende aku tak buat . sakit sakit badan semua . so bila dah jadi kes macam ni , cuba fikir ape yang mak ayah aku cakap ? dah la dengan mereka tak suka aku masuk silat , aku degil , then jadi macam ni ? kau rasa ape yang dorang cakap ? tak tau nak kata laa .

then boleh plak makhluk Allah ni cakap aku kene sumpah time aku tengah sedih gila babi bila handphone kene curi uh . kau pergi cakap kat tyqa plak kan , so memang dia bagi tau aku la . ape eh kau cakap ? aku kene sumpah sebab aku niat kerja nak bayar duit silat so bende jadi nazar but niat aku tak ikhlas so that's why handphone kene curi . eh ? kau tau aku menyirap gila bila dengar bende tuh .

kawan , meh sini aku nak story kat kau . before aku masuk silat , before aku ade kene mengene dengan silat , aku memang nak kerja bila cuti sekolah . aku ajak azura kerja sekali . then masuk plak silat . dah mak ayah tak kasi , mereka tak nak sumbang kan satu sen pon duit kat silat , then aku fikir takpe , aku guna duit kerja untuk bayar duit silat . then dah dapat , aku bayar . so aku nak tau kat mana yang tak ikhlas nya ? tau plak eh kau aku ikhlas ke tak kan ? 

aku kene sumpah eh ? okay . so tak payah nak tanya kenapa la kan kalau aku dah macam tak berapa dengan kau . sebab bila nampak muka kau yang agak pandai berdrama tuh teringat plak kau cakap aku kene sumpah . once la bende ni jadi gaduh or what so ever , satu je aku nak buat . aku nak luah kan ape yang aku rasa (: . sekarang tak boleh ohh , sebab banyak bende lagi aku nak fikir daripada bende ni . hee .

Done read ? Thanks . Come again ! :D

Monday, March 5, 2012

i want my baby pink back

assalamualaikum

sedih gile ohh . aku punyer handphone kene curi ! :( . siaal la sape yang curi tuh . kau tak takut ke hah ?! . aduhh geram gile duhh . nak kata aku taruk handphone rata rata , tak ! semua handphone and barang berharga taruk dekat satu bilik kosong yang dikongsi dengan budak lelaki . bilik tuh just untuk budak smk bandar baru je . tempat simpan barang kiteorang , tempat salin baju and tempat kiteorang memekak sebab gilir gilir dengan lelaki . 

lepas buat demo , tolong cikgu and bergambar sana sini then masa untuk balik . bila nak amek barang tuh kiteorang semua pelik sebab bilik tuh tetiba terkunci . sape pulak yang kunci bilik uh . okay bilik uh ada dua pintu . satu pintu kat depan and satu pintu kat belakang . bilik uh tak besar pon , kecik je . huhu .

then sementara tunggu pintu buka aku merayap la dulu . puas tawaf satu dewan uh pergi balik kat bilik uh . patuh dengar budak budak cakap eh korang check barang ade handphone hilang . okay time tuh aku cuak gile terus rempuh budak budak yang berkumpul kat depan pintu . dari jauh aku nampak zip beg aku da terbuka ! okay aku da start fikir bukan bukan . member bagi dompet aku yang da terbuka kat lantai , dalam semua kosong ! lesap duit aku . 

nampak je dompet kosong aku terus cari handphone dalam beg , puas aku selongkar still takde . serious aku tak percaya . dorang curi handphone aku ! gila punya orang ! aku hairan asal 3 handphone je kene curi ? member bawak camera nikon canon bagai tak pulak kene curi . babi gile ahh ! 

kau tau tak aku baru beli handphone tuh ?! kau tau tak aku beli gune duit kerja aku sendiri ?! kau tau tak aku ni susah nak dapat barang ?! kau tau tak aku SAYANG handphone tuhhhhh ?! geram nyaaaa ~~ sumpah sedih gile tahap cipan . aku tak kisah la duit aku hilang , tapi jangan la handphone ohhh . mati cepat la kau ! 

sekarang tak tau nak buat ape dah . kene curi macam tuh je . da 2x handphone kene curi . dua dua samsung . hmm . 

aku dah taknak masuk pertandingan silat dahhhh ! nak marah ? marah arr ! ade yang pakse memang aku sepak muka dia . yo yo oo silat sana silat sini , luka sana luka sini , sakit sana , sakit sini , ape aku dapat ? handphone kene curi , demo tempur hampeh , kene marah . lebih baik aku focus kan study . aku da la bodoh . dengan chemistry lagi , biology , physics , addmath . tension kau tau ~ exam tadi pon macam taik je . huhu . 

satu je aku suka . baju pertandingan colour merah <3 . tapi tuh la the first and the last aku pakai baju pertandingan . aku dah taknak pakai dah baju tuh . sekian . hoho .











Done read ? Thanks . Come again ! :D